Kejam! Kanak-Kanak Perempuan Dirogol & Jantung Ditarik Keluar
RIO, BRAZIL - Malang nasib seorang kanak-kanak perempuan dirogol dan ditarik keluar jantungnya dalam kejadian Rabu lalu.
Lapor Daily Mail, Raiana Aparecida Candida, 10, yang dilaporkan hilang pada Rabu lalu, ditemui mati dan ditanam dalam sebuah ladang di Rio de Janeiro.
Suspek, Jairo Lopes, 42, ditemui oleh penduduk kampung bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian. Suspek dibelasah kira-kira 500 penduduk tempatan.
Ekoran itu, pihak polis terpaksa menggunakan khidmat helikopter untuk mengeluarkan suspek dari kawasan tersebut.
Menurut Giovanni, suspek mengaku melakukan pembunuhan pada masa lampau, namun tidak mengaku merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan itu.
Jairo bagaimanapun telah ditemui bersembunyi tidak jauh dari lokasi kejadian selepas penduduk menjalankan gerakan mencari selama 5 hari. Jairo telah dibelasah 500 penduduk yang berang dengan tindakan kejamnya itu. Namun dia menafikan dakwaan itu.
Bagaimanapun, Jairo mengaku telah membunuh mangsa selepas disoal siasat oleh polis.
Mangsa tinggal dan dibesarkan oleh neneknya selepas ibunya meninggal akibat 8 bulan lalu.
Menurut ibu saudara mangsa, suspek telah datang ke rumah mereka seminggu sebelum Raiana dilaporkan hilang. Suspek datang dan memperkenalkan dirinya sebagai Roberto dan mahu berjumpa dengan ayah Raiana untuk mencari kerja.
Datuk mangsa memaklumkan bahawa anak lelakinya itu tiada di rumah. Lalu suspek singgah sebentar dan berbual dengannya sambil menghisap rokok dan menjelaskan bahawa dia mahu mencari kerja
Kejam! Kanak-Kanak Perempuan Dirogol & Jantung Ditarik Keluar
Reviewed by Viral
on
13:48:00
Rating:
No comments: