18 Tips Guna Duit Hantaran Ini Bukan Saja Dapat Kahwin, Rumah Pun Dapat
1. Bila ada yang marah-marah dan hantuk kepala apabila saya kata, "Kenduri kahwin, bukan duit hantaran lelaki". Izinkan saya beri cadangan.
2. Jika hantaran kita RM15,000, takkan kita habiskan dengan menyewa khemah (kanopi), tempah baju, makanan tetamu dan bayar photographer saja.
3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tak malu duit itu habis dalam sehari. Selepas kenduri, duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.
4. Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua dah tak ada. Belum kira lagi hutang yang berjela-jela.
5. Tetamu makan tak habis, dibuang merata-rata. Bakal suami himpun duit RM15,000 sampai nak terkeluar biji mata, minum air suam di gerai itu sudah biasa.
6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu 'kewajiban' ibu bapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan. Jika tidak berkemampuan, kata Ustaz Kazem, buat makan nasi lemak sahaja.
7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?
8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah di bawah harga RM100,000 lagi.
10. Bayaran peguam, jurunilai, setem hasil sekitar RM3,700 sahaja. Jumlah keseluruhannya RM13,700 dan anda masih ada baki RM1,300 lagi.
11. Pujuk ayah atau wali (jika ayah dah tak ada lagi), minta tambah RM700 bagi jadi RM2,000.
12. Beli nasi ayam madu dengan harga RM5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk sahaja. (RM1,000).
13. Jemputlah saudara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga. Kita bukan orang kaya nak jemput 1 Malaysia. Jangan risau dengan apa yang orang bakal katakan, ia bonus untuk kita masuk ke syurga.
14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma berharga 70 sen senaskah, baru RM140 sahaja.
15. Masih ada baki RM860 boleh digunakan untuk menyewa baju pengantin. Jika bijak, buat baju melayu yang boleh digunapakai raya kelak.
16. Dengan moda RM15,000 hantaran kahwin, rumah dapat, kahwin pun dapat. Jangan nak poyo sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami nak buat apa.
17. Masyarakat Kelantan, Terengganu dah buat lama. Kita saja buat-buat terkejut atau saja nak duduk rumah sewa lama-lama. Saya lagi suka. Hahaha!
18. Rancang duit hantaran nak buat apa, bukan nak bermewah dan selepas itu upload gambar di Instagram. Ramai yang tengok dan gelak sahaja.
18 Tips Guna Duit Hantaran Ini Bukan Saja Dapat Kahwin, Rumah Pun Dapat
Reviewed by Viral
on
14:04:00
Rating:
No comments: