Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk



Zheijiang, China - 9 Jun : Kepala seorang kanak-kanak lima tahun di wilayah Zheijiang terlekat di dalam paip penyambung dalam kejadian pada Selasa.

Ketika dia ditemui oleh ibu bapanya, kanak-kanak itu tidak boleh bercakap atau menangis.

Menurut NetEase, insiden itu berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak itu sedang sibuk melayan pelanggan di dalam kedai.

Kanak-kanak itu dikatakan bermain dengan paip berbentuk L itu sebelum kepalanya tersangkut.

Malang menimpa kanak-kanak itu apabila dia meletakkan kepala di dalam paip itu namun tidak dapat mengeluarkannya semula. Difahamkan, kanak-kanak itu hanya mampu menangis dengan perlahan ketika paip itu terlekat di kepalanya.


30 minit kemudian, ibu bapa kanak-kanak tersebut mula mencari dan terkejut menemui anaknya dalam keadaan sedemikian dan menelefon polis.

Namun polis memutuskan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk kanak-kanak yang kini bernafas dengan perlahan dan memindahkan urusan menyelamat kepada anggota bomba.

20 minit kemudian, bomba berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu dari batang paip dengan menggunakan alatan khas.

Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu wartawan bahawa anak mereka selalu bermain-main ketika mereka menjaga kedai.
Sebelum ini, kejadian seumpama itu turut berlaku tetapi melibatkan seorang lelaki dewasa dan mesin basuh. 
Sumber dari Siakapkeli.my
Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk Kepala Budak Tersangkut Dalam Paip Penyambung Ketika Ibu Bapa Sibuk Reviewed by Viral on 04:19:00 Rating: 5

No comments:

Propellerads
Powered by Blogger.