Dibelasah Terok Gara - Gara Berdengkur Terlalu Kuat

KEADAAN kepala Guorui yang cedera akibat dipukul rakan sebiliknya.

Yun’an (China) – Seorang pelajar retak tempurung kepala dan kehilangan pendengarannya selepas dipukul akibat berdengkur terlalu kuat ketika tidur di asrama.
Pelajar berkenaan, Ma Guorui, 15, berkata, dia diserang rakan sebiliknya ketika tidur di sebuah asrama sekolah, di sini baru-baru ini.
Katanya, sebelum serangan, rakannya memberi amaran supaya dia tidak berdengkur terlalu kuat hingga mengganggu tidur rakan yang lain.
Bagaimanapun, ketika tidur kepalanya tiba-tiba dihentak dengan objek keras menyebabkan dia berasa sakit hingga ke pagi.
“Pada waktu pagi, saya mula berasa pening dan muntah-muntah menyebabkan pihak sekolah menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.
Bapa mangsa, Ma Yanchun memberitahu, dia segera membawa anaknya ke hospital selepas mendapati keadaannya semakin teruk.
“Selepas membuat imbasan X-ray doktor mengesahkan anak saya mengalami retak tempurung kepala dan hilang pendengaran di telinga kiri.
“Kecederaan parah yang dialami anak saya ini berpunca akibat dipukul dengan objek tumpul,” jelasnya.
Menurutnya, kos rawatan anaknya mencecah 150,000 yuan (RM93,030), dan walaupun pihak sekolah menanggung 100,000 yuan (RM62,020), tetapi dia masih tidak dapat menjelaskan baki bayaran itu.


Katanya, dia sudah membuat laporan polis terhadap rakan sebilik anaknya itu dan meminta keluarganya membayar ganti rugi. 
Sumber Dari Agensi/myMetro Online
Dibelasah Terok Gara - Gara Berdengkur Terlalu Kuat Dibelasah Terok Gara - Gara Berdengkur Terlalu Kuat Reviewed by Viral on 16:29:00 Rating: 5

No comments:

Propellerads
Powered by Blogger.